Knot the Dot
Bismillah.
Terlalu pantas masa berlalu. Seakan baru semalam saya berorientasi di Giatmara Kota Raja. Langsung tidak pernah terfikir saya akan berada disini. Daripada bidang Sains Bioperubatan, pengajian master yang terhenti di pertengahan jalan sehinggalah ke siri-siri percubaan untuk berniaga.
Perjalanan yang rasanya sangat jauh dan penuh liku. Jatuh bangun, suka dan duka, tangis dan tawa yang silih berganti. Jalan yang ditempuhi dengan langkah yang terkadang lemah, terkadang laju, dan terkadang terduduk lelah. Putus asa? Sudah tentu! Patah sayap, bertongkat paruh; masih juga cuba untuk bangun. Kerana hidup yang dipinjamkan Tuhan ini, tidak boleh dibiarkan beku dan kaku, mesti jalan terus membangun hidup yang lebih bermakna dan memberi makna.
Susunan Tuhan begitu cantik. Bila disambung kembali setiap titik-titik kisah lalu, ia membentuk sebuah rantaian yang cukup indah. Kita mula sedar, setiap yang berlaku dalam kehidupan ini bukanlah berlaku secara kebetulan, bahkan itulah suratan ketentuan Tuhan.
Siapa sangka, setelah berpindah ke Kg. Bukit Lanchong, Tuhan rezekikan peluang untuk belajar dalam bidang Graphic Design di Giatmara Kota Raja; yang jaraknya hanya 10 minit perjalanan. Dan paling mengharukan, di sinilah bermulanya bibit jodoh pertemuan dengan anugerah Tuhan yang tidak ternilai, Aisyah Safiya.
“Maka Nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kamu dustakan?” Ar-Rahman:13
Mengenangkan nikmat ujian aturan Tuhan ini seringkali membuatkan kita tertunduk malu. Sebegini luas rahmat kasih sayangNya pada hamba yang terlalu lemah.
Tuhan,
Kasih sayangMu sempurna buat kami. Cuma satu saja pinta, jadikanlah kami dalam kalangan hambaMu yang bersyukur. Sungguh! Itulah sebesar-besar ujian, memerlukan mujahadah yang hebat pula.
“Ya Allah, bantulah kami untuk berzikir menyebut namaMu, mensyukuri nikmatMu serta memperbaiki ketaatan kami kepadaMu.”
Allahumma ameen.