Jurnal Kehidupan

Sesal di Akhirat Tiada Guna

Bismillah.
Banyak benda yang kita kesalkan daripada hal-hal keduniaan.
“Kalaulah begini, kalaulah begitu” – ungkapan yang biasa ditutur ketika kita merasa kesal dengan sesuatu yang luput atau yang kita tidak peroleh dari hal dunia.
Namun, kita jarang merasa kesal kerana tidak solat di awal waktu, tidak bersedekah, tidak berbuat baik kepada orang sekeliling dan sebagainya. Kerana kebiasaannya, kesal itu datang ketika roh telah meninggalkan jasad. Lalu kekesalan itu menjadi sia-sia.
Setiap hari, ambil masa dan ruang untuk muhasabah sejenak, mengesali dosa dan kekurangan kita dalam melaksanakan ketaatan dan memasang azam untuk memperbaiki diri.
Merasa kesallah di dunia ini, kerana sesal di akhirat tiada gunanya lagi.
“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia),  agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.”
(Al-Mukminun:99-100)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *