Jurnal Al-Quran

Al-Quran, Qalamullah

Bismillah.

Insyaallah harini nak kongsi ringkas sahaja. Juga ilmu yang saya dapat daripada kelas Basic Of Islam.

Kita (insyaallah) sentiasa baca Al-Quran kan? Jadi kita kena tahu apa hak-hak Al-Quran yang perlu kita tunaikan. Ada 5 perkara yang kita kena tunaikan ke atas Al-Quran agar Ia menjadi hujah kita di akhirat kelak, dan bukan menjadi hujah ke atas kita.

1. Kita kena percaya dan yakin (beriman) kepada Al-Quran. Al-Quran adalah kalamullah, kitab terakhir yang Allah s.w.t turunkan kepada Nabi terkahir, Rasulullah s.a.w.

2. Al-Quran hendaklah dibaca dengan tartil, perlahan dengan menjaga tajwid (panjang pendek, tempat berhenti yang betul, serta dengan makhraj huruf yang betul)

3. Kita perlu sentiasa berusaha memahami Al-Quran dengan membaca terjemahan dan tafsirnya atau dengan mempelajari Bahasa Arab agar kita lebih mudah untuk memahami Al-Quran.

4. Mengimplementasikan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian yakni melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan yang telah Allah s.w.t nyatakan dalam Al-Quran.

5. Akhir sekali, kita kena berusaha untuk sampaikan isi kandungan Al-Quran kepada orang sekeliling kita sebagai nasihat dan peringatan. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 19 yang bermaksud:

Katakanlah (Muhammad), “Siapakah yang lebih kuat kesaksiannya?” Katakanlah, “Allah, Dia menjadi saksi antara aku dan kamu. Al-Qur’an ini diwahyukan kepadaku agar dengan itu aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang yang sampai (Al-Qur’an kepadanya). Dapatkah kamu benar-benar bersaksi bahwa ada tuhan-tuhan lain bersama Allah?” Katakanlah, “Aku tidak dapat bersaksi.” Katakanlah, “Sesungguhnya hanya Dialah Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah).”

Jadi lepas kita dah faham kesemua hak Al-Quran yang perlu kita tunaikan, kita cuba laksanakannya sehabis baik. Yang pertama saya yakin insyaallah kita semua sebagai orang yang beriman, akan beriman dengan Al-Quran, kerana ia adalah salah satu rukun iman.

Yang kedua, untuk membaca Al-Quran dengan tartil. Sebelum kita mula belajar tajwid, kita mulakan dahulu dengan memperbaiki dan memperbetulkan makhraj huruf. Makhraj huruf ni bermaksud dari mana huruf tersebut keluar, samada dari bibir, lidah atau kerongkong. Sahabat-sahabat boleh cari kat youtube, saya yakin ramai Ustaz yang mengajar tentang makhraj huruf ni. Brother Kaleem ajar kami dengan nyanyian. Kelas jadi seronok sangat dan mudah je nak ingat. Haa, nak tengok lagunya bolek klik disini.

 

Catatan oleh Sister Aliza Kim

 

Gamabarajah Makhraj Huruf

Saya sendiri pun terkial-kial nak betulkan makhraj huruf ni terutamanya huruf ‘sin, sod, zai dan dho’. Berbeli-belit lidah rasanya nak baca Al Fatihah dalam solat dan membaca Al-Quran. Tapi takpe, practise makes perfect. Insyaallah lama-lama lidah akan jadi lembut, yang penting kena praktis. Lagipun, orang yang berusaha untuk baca Al-Quran dengan betul, akan dapat dua pahala tau. Satu, pahala membaca Al-Quran, yang kedua pahala atas usahanya untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *