Bonda
Tidak ada yang lebih mendamaikan dan menenangkan hati selain berada di kampung halaman, bersama bonda tersayang.
Merasai masakannya yang penuh cinta, melihat senyumannya saja sudah laksana indahnya syurga, ketawanya menumbuhkan bunga-bunga mekar dalam hati yang berdebu ini.
Safiya, inilah bondaku yang membesarkan aku dengan penuh kasih dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Tidak ada hadiah yang mampu aku berikan selain mendoakan Allah kurniakan syurga buatmu, bonda.