Tentang Penulis
Bismillah.
Menulis telah menjadi sebahagian daripada kehidupan penulis. Kerana menulis menjadi satu tempat persinggahan untuk bertenang-tenang, untuk menasihati diri sendiri malah menjadi ruang untuk penulis membuat refleksi tentang kehidupan ini. Akal dan fikiran yang sentiasa bising dengan pelbagai idea dan monolog perlu di’senyap’kan dengan jalan menulis.
Yang ditulis ini adalah catatan-catatan daripada perkongsian para asatizah, pembacaan, buah fikiran yang timbul ketika penulis merenung dan mengamati pelbagai episod kehidupan, juga pengajaran-pengajaran langsung dari Tuhan yang mentarbiyah diri ini dengan pelbagai jalan yang unik dan indah.
Setelah lebih 10 tahun penulis menukilkan catatan di ruangan yang dinamakan mukmintakwa kemudian bertukar kepada secangkirtehpudina (blogspot), kini alhamdulillah dengan bantuan sahabat baik penulis (Zuhair Masiran), maka terhasillah sebuah ruangan baharu yang penulis namakan sebagai Nota Aisyah bersempena dengan nama Puteri kesayangan Aisyah Safiya.
Mudah-mudahan, setiap catatan yang tertulis dengan izin Tuhan ini menjadi peneman dan pedoman khusus buat diri penulis, anakanda Aisyah Safiya dan buat semua sahabat yang sudi bertandang ke laman ini. Sekiranya ada pandangan, pertanyaan, nasihat bahkan teguran, boleh hubungi penulis di notaaisyah@gmail.com.
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman,” Surah Adz-Dzaariyat:55
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ
“Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
-Ummu ‘Aisyah-
Graphic Designer @ Designnur Studio
Writer @ Nota Aisyah