Jurnal Kehidupan Resensi Buku

Daurah 40 Hadith Tentang Kanak-Kanak

Bismillah.

Saya kongsikan sedikit catatan daripada Daurah 40 Hadith Tentang Kanak-Kanak yang telah disampaikan oleh Ustaz Salman Amiruddin Tantawi.

Ajarlah anak-anak:

1. Batas pergaulan dan aurat – pisahkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan.

2. Kemahiran bersukan:

  • berenang
  • memanah
  • kemahiran tangan (anak perempuan).

3. Solat – ajak solat seawal umur 7 tahun dan pukul (tanpa mencederakan) ketika 10 tahun.

4. Ajar kalimah tauhid, ilmu fardhu ain dan aqidah.

5. Bantu kanak-kanak berbuat baik dengan menjadi qudwah dan contoh ikutan.

6. Ajar anak kasihi 3 perkara:

  • cinta Nabi
  • cinta ahli keluarga Nabi
  • baca Al-Quran

Adab Mendidik Anak:

1. Wariskan anak dengan adab yang baik – jangan hina anak, jangan ada layanan yang buruk pada anak. Warisan untuk anak bukan sahaja daripada harta yang kita tinggalkan, tetapi juga daripada adab dan budi pekerti yang kita ajarkan.

2. Tunjukkan kasih sayang pada anak dengan mencium dan memeluk anak. Antara budaya orang arab adalah mencium belakang tapak tangan anak kecil, anak kecil akan merasa sangat disayangi dan kebiasaannya anak akan membalas dengan mencium tangan kita.

3. Membuat anak gembira:

  • bergurau dengan anak dengan gurauan yang baik
  • mewujudkan suasana gembira di rumah
  • jangan berkata sesuatu yang mengecilkan hati anak

4. Memberi salam pada anak – wujudkan suasana hormat dan saling bertegur sapa. Bukan sahaja memberi salam pada anak sendiri, tetapi juga memberi salam kepada anak-anak yang kita temui di luar supaya mereka tahu bergaul dengan masyarakat.

5. Memberi nafkah kepada anak. Anak adalah pihak utama yang perlu diberi nafkah. Nafkah bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi juga dikira sebagai sedekah.

6. Tidak mendoakan perkara yang buruk kepada anak. Awasi kata-kata yang kita sebut pada anak, kerana kata-kata boleh menjadi doa. Bimbang kata-kata yang buruk itu disebutkan ketika waktu mustajab doa, maka Allah makbulkan.

7. Adil kepada semua anak. Jangan tunjukkan unsur pilih kasih. Adil bermaksud sesuai dan kena pada tempatnya (contoh anak yang belajar di sekolah menengah diberikan duit belanja yang lebih berbanding anak yang bersekolah di sekolah rendah).

Semoga bermanfaat. Boleh cuba cari buku ini untuk bacaan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *