Jurnal Kehidupan

Cerita Sesal di Hari Raya

Raya kali ini kami kurang bersedia. Banyak urusan yang last minute.

Hasilnya, ada perkara yang tidak sempat kami selesaikan. Ada perkara yang selesai namun kurang sempurna.

Bila terjadinya kerja-kerja last minute, bermakna kita tiada proper planning. Tiada perancangan yang tersusun. 

Akhirnya, rasa kesal menjengah.

Tak best tau rasa kesal ni. Rasa bersalah dengan diri sendiri sebab tak buat perancangan yang betul atau perancangan dah ada tapi tak diikut.

Namun raya tetap perlu diteruskan. Syukurlah tak raya terkejut macam tahun lepas. Kalau tak, pasti lebih bertimpa-timpa kesalnya.

Rasa kesal ni kalau dilayan, boleh jatuhkan motivasi dan keyakinan diri. Pelbagai negative talk akan mengisi ruang minda.

“Teruknya aku”

“Aku memang tak pandai urus hidup”

“Aku memang susah nak disiplin diri”

Negative talk yang bermain dalam minda ini akan membentuk mindset – yang akan membuatkan kita kekal di takuk lama dan lebih susah untuk berubah.

Sebab kita sendiri yang melabelkan diri kita dengan pelbagai tanggapan negatif.

Tapi rasa kesal ni kita tak boleh nak elak kan?

Jadi apa kata bila rasa kesal hadir, kita ubah cara kita react dengan rasa kesal tersebut.

Bagaimana?

Kita jadikan rasa kesal sebagai satu titik mula untuk kita berubah menjadi lebih baik.

Yang bagusnya bila rasa kesal, bermakna kita tahu apa kelemahan diri kita. Apa kekurangan yang perlu kita perbaiki supaya kekesalan itu tidak berulang lagi.

Setelah timbul azam dan tekad untuk berubah, bentukkan mindset kita dengan positive talk seperti:

“Sebelum ni aku memang tak pandai buat perancangan. Tapi insya-Allah lepas ni, aku mesti buat perancangan dan lebih berdisiplin dalam pengurusan masa.”

Dalam hidup kita ini, terlalu banyak kekesalan yang berlaku. Kadang-kala kesilapan kecil sahaja, tapi cukup untuk buat kita rasa kesal dan termenung berhari-hari.

Oleh itu, daripada rasa kesal ini membazirkan ‘tangki’ emosi, masa, semangat dan tenaga kita, lebih baiklah jika kita jadikan ia sebagai turning point untuk kita berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Tak begitu?

Begitulah kisah raya tak tekejut yang kami sesalkan.

Tapi hakikatnya banyak yang kami belajar daripada sebuah kekesalan.

Alhamdulilla ‘ala kulli hal.

Selamat Hari Raya!

Untuk join telegram channel saya: https://t.me/teranghati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *