Di Sebalik Tirai Bahagia
Bismillah.
Bayangan orang yang baru sahaja berkahwin pastinya yang indah-indah belaka. Tidak kurang juga mereka yang memerhatikan.
“Bahagialah Tasnim dah kahwin”
“Untungnya Tasnim”
Begitulah pandangan orang sekeliling. Sedang erti bahagia itu, hanya pasangan yang berkahwin sahaja memahami, merasai dan melaluinya.
Pernah saya menceritakan kepada suami ujian yang Allah bagi dalam kehidupan saya. Lalu, saya meminta maaf kerana saya membawa dia belayar sekali dalam lautan kesedihan yang saya lalui. Kemudian kata suami, “bahagia itu bukan pada dua jiwa yang sentiasa gembira, tapi pada pahit dan manis yang dilalui bersama.”
Saya yakin setiap perkahwinan pasti akan diuji. Sebab itu, bagi yang belum berkahwin, apa jua ujian yang anda lalui, ia adalah satu proses kematangan iman. Kerana ujian yang akan kita lalui di alam perkahwinan jauh lebih besar. Jika kita bersabar dan matang dalam menguruskan ujian yang kita lalui sebelum kahwin, maka kita telah ada ‘stamina’ yang tinggi untuk menghadapi badai di alam perkahwinan.
Seringkali, perkara utama yang kita lihat di sebalik perkahwinan itu adalah kebahagian. Benar sekali. Bahagia itu pasti. Namun disebaliknya ada lagi perkara yang lebih besar yang harus kita tempuhi.
Bersabar dan kuatkan kesabaran.
Bersabar dengan kelemahan pasangan. Bersabar ketika berjauhan. Bersabar dengan rasa rindu dan bersabar dengan sikap ‘natural’ pasangan. Dan setiap kesabaran itu perlu dikuatkan dengan kesabaran. Bersabar pun perlukan kesabaran!
Pengorbanan.
Pengorbanan masa? Pengorbanan harta? Itu sememangnya basic dalam sebuah perkahwinan. Agak mudah dilakukan terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin. Semangat orang bercintala katakan, semua nak diberikan kepada pasangan. Tapi, ada satu pengorbanan yang agak berat dan sakit, namun disebaliknya ada kemanisan. Apa dia?
Pengorbanan perasaan.
Pengorbanan perasaan.
Percayalah, banyak soal perasaan terpaksa dikorbankan. Terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin seperti kami. Tambahan pula, kami berdua masing-masing masih belajar. Masa yang diluangkan bersama makin hari makin berkurang dengan tugasan-tugasan akademik dan amanah yang dipegang. Itupun, ada lagi suara-suara yang ‘mengusik’; katanya, “bila dah kahwin, makin kurang komitmen pada amanah”. Ini juga perlu kepada pengorbanan perasaan. Geram, marah bila diperkatakan begitu. Padahal telah banyak masa dengan pasangan yang telah dikorbankan. Biarlah. Mereka akan tahu bagaimana rasanya bila berkahwin. Mereka juga akan laluinya. Tahap paling rendah dalam ukhwah? Berlapang dada. Itupun perlukan mujahadah yang besar.
Saling percaya.
Bukan mudah untuk mempercayai seseorang. Apatah lagi orang yang baru kita kenali. Setelah kita lama mengenali dan memahami sikap seseorang, barulah kepercayaan itu akan hadir. Oleh itu, dalam hubungan suami isteri, penting untuk kita sentiasa berusaha untuk belajar memahami sikap, tutur kata malah raut wajah pasangan kita. Ia memerlukan satu proses yang berterusan agar kepercayaan kita kepada pasangan akan hadir sepenuhnya. Antara elemen yang perlu ada untuk membangunkan kepercayaan kepada pasangan adalah bersangka baik. Sepertimana yang telah Allah tekankan dalam kitab suci yang menjadi panduan hidup kita. Jika ada sesuatu yang kita tidak berpuas hati terhadap tingkah laku pasangan kita, maka mintalah penjelasan dengan cara yang paling berhikmah. Maka jujurlah dalam memberi penjelasan. Kerana pada kejujuran itu ada keberkatan. Kalau kita melakukan kesalahan, tidak jatuh air muka dengan mengaku dan memohon kemaafan. Malah ia akan menyuburkan rasa cinta antara suami dan isteri.
Taqarrub Ilallah
Mendekatkan diri kepada Allah. Daripada manakah datangnya kekuatan untuk bersabar, untuk berkorban perasaan malah kekuatan untuk mempercayai pasangan jika bukan dari Allah, Tuhan yang menciptakan kita? Akhirnya, segalanya berbalik kepada hubungan kita dengan Pencipta. Suami mahupun isteri perlu ada kekuatan jiwa yang ampuh dalam melayari rumah tangga. Dan kekuatan itu datangnya dari ketaatan dan pengabdian kita kepada Allah. Malahah, itulah sebenarnya matlamat sebuah perkahwinan iaitu sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, menjadi manusia yang lebih baik dan mendapatkan pahala ibadah berganda. Mujahadah harus lebih kuat agar kita tidak leka daripada tujuan asal pernikahan itu.
Sekadar luahan rasa. Paling saya rasai sepanjang baru dua bulan mendirikan baitul muslim ini adalah banyak bersabar. Itulah yang diulang-ulang oleh suami. Banyakkan bersabar. Kita bukan nak bercinta di dunia sahaja, tetapi kita hendak bercinta sampai ke syurga. Harga untuk sampai ke syurga itu perlu dibayar dengan kesabaran dan pengorbanan. Dunia bukan tempat bernikmat tapi untuk berpenat. Kerana nikmat yang sebenar ada pada kehidupan yang kekal.
Bagi orang lelaki, usah gusar melihat air mata wanitamu. Kerana dengan air mata itulah mereka meraih kekuatan dari dalam dirinya. Ibarat segala aura negatif mengalir keluar bersama air matanya. Yang tinggal dalam jiwanya hanya aura positif yang akan mencetuskan kekuatan. Namun, jiwa itu tetap rapuh. Ada masanya ia akan lesu kembali. Ketika itu, berikanlah peringatan dan nasihat kepadanya. Kerana si isteri akan patuh pada nasihat suaminya. Itulah manifestasi kepatuhannya kepada Allah.
Wallahua’lam.