A Perfect Me
Bismillah.
Baru saya menyedari bahawa rupa-rupanya saya adalah seorang yang perfectionist.
Mungkin perfectionist saya berbeza dengan orang lain. Atau mungkin ini bukan disebut sebagai perfectionist. Saya selalu mengharapkan seorang Tasnim yang sempurna. Seorang hamba yang taat, seorang anak dan isteri yang solehah, dan seorang pelajar yang gigih melaksanakan tanggungjawab.
A perfect me!!!
No mistakes at all.
But it doesn’t happen. I will be too disappointed with myself when I do mistakes. I hate to face my own weakness and I end up hating myself.
Astaghfirullah.
Barulah saya memahami maksud Prof HAMKA dalam bukunya, Peribadi;
“Jangan disangka bahawa peribadi yang besar dan kuat hanya semata-mata memakai sifat yang terpuji sahaja. Tidak! Bahkan sebaliknya, bertambah besar peribadi seseorang bertambah jelas letaknya kelemahan, bertampak tampak letaknya kekurangannya. Orang Arab berkata, ‘idza tamma syaiun bada nashqulu’ yang bermaksud apabila sesuatu sudah sempurna, jelaslah dimana kurangnya.”

Engkau tidak akan pernah sempurna. Tetapi, yakinlah pada setiap usaha dan amalmu serta pada sabarmu melaksanakan ketaatan, Tuhan akan membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan.
“Sesungguhnya mereka yang beriman dan yang beramal soleh, tentulah kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan amalannya dengan baik.”
Al Kahfi: 30