Tentang Aisyah

Janji Aisyah

Bismillah.

“Mama, kesian Tokma tidur sorang-sorang malam ni, semua orang dah balik. Nanti Aisyah dah besar, mama tidur sini, Aisyah pergi jaga Tokma” Ujar Aisyah sambil mengasah pensil warnanya.

Petang tadi Aisyah luangkan masa sekejap di rumah tokma. Suka sungguh dia ke rumah Tokma sebab rumah Tokma ada televisyen. Barangkali timbul rasa sedih bila dia melihat rumah yang meriah dengan ramai orang tadi kian sepi apabila semuanya beransur pulang ke rumah dan kolej masing-masing.

“Macam tulah Aisyah bila kita dah tua nanti. Nanti mama baba dah tua, Aisyah dah kahwin dah anak nanti Aisyah pun akan tinggal mama sorang-sorang” Saya membalas dengan nada perlahan.

“Mama janganlah sedih, Aisyah akan jaga mama”

Terharu pula dengar jawapan Aisyah. Entah ungkapan itu dengan makna atau sekadar celoteh seorang anak kecil.

Terima kasih Aisyah atas kasih sayang tanpa syarat buat Mama. Dulu Mama sangkakan seorang ibu besar kasihnya buat anak kecil. Namun rupanya kasih anak kecil pada ibu lebih besar dan tulus. Masya-Allah! Dialah yang meletakkan rasa kasih dan cinta seorang anak kepada ibunya. Maka hanya kepada Dia kita kembali dan berserah.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah pada kami dan keturunan kami serta isteri-isteri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa (Surah Al Furqon: 74)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *