Puisi

Hidup Abadi

Bismillah.

Luka masih terasa pedih
pahit di kerongkongan masih jua tersisa
tubir mata tetap menakung air
sedang hati cuba bertenang
berdamai dengan takdir tuhan

sungguh
beratnya jiwa menanggung kehilangan
bertambah berat menatap wajah-wajah
sang isteri dan anak-anak
kehilangan lelaki tercinta

kematian
sesuatu yang pasti
namun sering dilupakan
seolah hari esok sentiasa ada
untuk menikmati dunia
jangan sampai akhirat tersisih
kerana di sana hidup abadi
sedang dunia
hancur tidak tersisa lagi

12.33am, pejabat Z&T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *