Tentang Buku
Bismillah.
Membaca buku adalah salah satu cara yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah.
Saya sering melihat buku sebagai satu ‘cahaya’ yang menjadikan hidup saya lebih terang – dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi.
Dan saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk membaca berapa buah buku dalam tempoh sekian-sekian. Asalkan setiap hari saya membelek buku, itu sudah cukup menjadikan hidup saya lebih terarah.
Ketika ini, saya sedang membaca 3 buku serentak untuk mengatasi masalah / memperbaiki kelemahan berikut:
- Tidak khusyuk dalam solat
- Tidak mampu memimpin ‘team’ dengan baik
- Rasa susah nak lakukan sesuatu ikhlas semata-mata kerana Allah
Qadar Allah, 3 buah buku yang berkaitan dengan 3 permasalahan di atas, ada di tangan saya:
- Mari Memahami & Menghayati Bacaan Dalam Solat
- Kod Kepimpinan Perempuan
- Niat & Ikhlas Menurut Konsep Islam
Dan qadar Allah juga, mempertemukan saya dengan 2 buah lagi buku di PBAKL yang lalu, berkaitan dengan permasalahan 1 dan 2:
- Rehatkan Hati Dengan Solat
- Lead Like Muhammad
Dua buah buku ini berada dalam waiting list atau sedang menunggu queue untuk dibaca.
Tapi pesan saya pada diri, dalam keghairahan membaca buku yang ditulis manusia, jangan sesekali meninggalkan kitab agung yang merupakan kalam Allah.
Al-Quran itulah yang terlebih utama untuk dibaca, difahami dan dirujuk sentiasa.
Moga Allah mengizinkan kita kekal setia bersama Al-Quran – istiqamah berusaha memahami dan mengamalkannya sehingga ke akhir hayat.