A Journey to Remember
Bismillah.
“Ya Allah, aku yang berdosa. Biarlah aku yang menanggung sakit. Janganlah anak kecil itu yang dihukum'”
Dalam esak tangis, saya bermonolog sendiri. Tak tertanggung rasanya mendengar raungan anak dari bilik rawatan. Entah kali ke berapa branula terpaksa dimasukkan kerana asyik tertanggal. Mama sudah cuba sebaik mungkin untuk jaga bahagian tangannya yang ada branula, namun Safiya terlalu aktif bergerak. Akhirnya tertanggal juga. Banyak kesan tusukan jarum di tangan dan kakinya, membuatkan mama rasa bersalah sangat-sangat.
Khamis lepas Safiya batuk teruk dan demam. Baba bawa Safiya ke klinik kesihatan dan terus direfer ke HTAR. Sampai sahaja di HTAR, Safiya di bawa ke bilik x-ray dan kemudiannya di bawa berjumpa pakar di wad covid-19.
“The X-ray looks fine”, kata doktor pakar.
Alhamdulillah, meskipun pernafasan Safiya laju dan oksigennya kurang, paru-parunya masih cantik. Tidak ada tanda paru-paru seorang pesakit Covid.
Setelah menyelesaikan beberapa kerja office, saya bergegas ke HTAR untuk menggantikan Baba sebagai penjaga Safiya di wad. Bermulalah satu perjalanan dan pengalaman yang menguji kekuatan emosi, mental dan fizikal.
Malam pertama Safiya di wad, tiba-tiba demam Safiya spike. Suhu 40.6. Saya mula ketar lutut, terus basahkan kain dan lap badan Safiya yang kelihatan lemah sangat. Doktor segera memasukkan ubat melalui dubur. Selepas lebih kurang satu jam, Safiya mula nampak segar dan kembali aktif. Aktif sangat sampai pukul 4 pagi baru tidur. Alahai sayang, seronok pulak dia tengok nurse dan doktor lalu lalang.
6 hari di wad, akhirnya Dr izinkan keluar. Allah saja yang tahu betapa terujanya hati mama bila Dr bagitahu boleh keluar. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Jadi seorang ibu ni, memang perlukan jiwa yang kental. Semoga Allah mudahkan perjalananku menjadi seorang ibu yang baik, kuat dan sabar buat cinta hati, Aisyah Safiya.